Ikan laga 'femes' dengan warna dan bentuknya yang unik serta jenis nye. Meh2 kite kenal jenis2 ikan laga.....
Ikan Laga bulan / Halfmoon Betta
Ikan laga bulan boleh dilihat terus kepada ekornya, ikan ini mempunyai ekor yang benrtbentuk separuh bulan penuh. Halfmoon yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk separuh bulan 180 darjah.
Ikan laga Matahari / Crowntail Betta
Yang nie memang jelas terlihat pada ekor ikan.Mat leh menggelar ikan nie crowntail kerana ekornya yang berbentuk mahkota. Masyarakat melayu menggelarnya ikan laga matahari kerana ekornya yang seakan dengan sinaran cahaya matahari.
Karin Plakat / Plakat Betta
Ikan laga nie boleh dikenal pasti dengan sirip atas yang pendek dan sirip bawah yang memanjang. Plakat juda datang dalam bentuk halfmoon dan crowntail (yang biru) . Plakat nie mempunya ekor yang membulat berbeza dengan HMPK.
Halfmoon Plakat (HMPK)
Halfmoon plakat mempunyai ciri yang sama dengan plakat namun mempunyai ekor yang berbentuk halfmoon seperti gambar diatas.
Ikan Laga Ekor Bercabang / Double tail betta
Mempunyai ekor yang berbelah dua. Juga datang dalam banyak bentuk iaitu Halfmoon, Crowntail,Veiltail dan Giant.
Veiltail Betta
Ikan laga nie mempunyai ekor yang memanjang seperti langsir (veil) . Ikan nie boleh dikenal pasti terus dan mudah dibezakan seperti gambar diatas.
ikan laga gergasi / Giant Betta
ikan nie datang dalam banyak jenis dan mudah dikenalpasti.Saiz ikan nie 2 kali ganda besar dari ikan normal. Dan kini dikacuk dengan banyak jenis dan terdapat dimerata-rata tempat.
Elephant ear betta
Mempunyai sirip kiri kanan yang besar. Kebanyakan jenis nie bersirip putih dan juga ada dalam bentuk halfmoon.
Delta n SuperDelta Betta
Delta mempunyai ekor yang panjang berbetuk bulat dan SuperDelta mempunyai ikan yang sama tapi lebih besar 160-179 darjah. Kebanyakan jenis nie hujung ekor bentuk bulan berbeza dengan halfmoon.
Combtail betta
Ekor kelihatan seperti karin matahari tapi berbentuk jarum yang lebih kecil, berbentuk seperti sikat (comb) .
Ikan Laga ekor panjang / Longtail betta
Ikan laga nie ade ekor yang panjang . Berbeza dengan ekor veiltail.Di malaysia kebanyakan kedai ikan hiasan ada menjual ikan laga jenis ni...
ikan laga bunga / Rosetail betta
Ikan laga nie mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.
Feather tail betta
Mempunyai ekor yang berbentuk seperti bunga tapi lebih tajam seperti bulu burung (feather)
Spade tail Betta
Ikan nie ade ekor yang bermuncung tajam berbentuk seperti penyodok (spade) .
Roundtail betta
Ikan nie mempunyai ekor yang bertbetuk bulat ..